Friday, August 23, 2013

Syawal Empat Belas Tiga Puluh Empat

It has been a while. Hatudia dah berbelas belas syawal baru nak terhegeh hegeh update. Hah who cares. Oh di kesempatan ni, suka sekiranya nak menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin. Segala salah silap diharapkan agar disimpan di dalam peti #eh. So, Syawal kali ni macam meriah gak la jenjalannya, ziarah menziarahinya, tapi seperti yang dijangkakan, semakin tua ni semakin sikit yang menghulur duit raya. Diorang cam, "eh dah keje kan kan kan, takyah la bagi duit raya kan kan kan". "Eh dah habis sekolah kan, taknak duit raya dah kot kan kan kan". Redho je la kan kan kan. So, tahun ni weollss raya kat kelantan sebab tahun lepas dah raya kat perak kan. Kira cam gilir gilir ah baru fair and square. Raya pertama tu memang all out ah pergi rumah sedara mara pusing satu kelantan *over gila* pastu makanan takyah cakap la memang kenyang 4 hari 4 malam *okay over gila lagi*. Kitorang satu family buat konvoi ke rumah makcik makcik kat pasir mas, kota bharu, tanah merah, semua pusing habis ah senang citer. Tu belum masuk open houseS lagi. 

Geng-geng takkahwin lagi. Eh, tolak sorang sebab minggu depan ada yang dah nak kawen. 

Pastu bila dah balik perak balik, ape lagi - buat down-memory-lane trip ah dengan ex-schoolmates pergi rumah cikgu-cikgu tapi cikgu balik kampung pulak, pergi rumah Huda, Awe, Ikep, Asfi, Dilah, Syamila, Hanif, ustazah Azlinda, ustazah Lia, pastu sembang sembang sembang sebab lama giloszz tak jumpa, oh rindu sangat. Tapi too bad, tak banyak gambar yang boleh dikongsikan sebab phone buat hal pulak kan, i love you forevahhh samsung like literally forevahhhh. Bila nak curi dari blog Sinergi tak boleh la pulak. 

Disebabkan ustazah Azlinda punya rumah kat kuarters guru, dapatlah nak gi tangkap-tangkap gambar kat dewan sekolah yang dah lama-jugak-la tak pergi.

Sahabat-sahabat yang datang open house haritu. Terima kasih daun keladi. 


Gambar kat intec ni baru je tadi shoot kat depan library, katanya nak buat alumni intec magazine gituu.

Jadi, sekali lagi Salam Aidilfitri maaf zahir batin. Dan tak lupa kepada kengkawan yang dah fly tu, take care korang :) Sampai berjumpa lagi! Tak lupa jugak, dalam kemeriahan kita ni jangan lupa saudara kita kat Mesir #PrayForEgypt, doakan mereka yuh! 

p/s: Huda, i loikee lagu 'Sebiru Hati Ini' kat blog awakkkk :D
p/ss: Oh drama plkn kitorang dah keluar tv, Jumaat 2.00 pagi, rtm1. *entah sape la yang rajin tengok tv pepagi buta kannn*

Salam sayang, salam ceria.
Syazana.