Thursday, July 4, 2013

Me being me, you being you.

Assalamualaikum dan selamat pagi/petang/malam/tengahmalam. Haaaa bersua lagi kita ye. So hari ni *ahhh intro fails* hmmm hmm hmm oh nak cerita ni. Minggu lepas, bertarikh 29 Jun 2013, alhamduillah aku berkesempatan ke Putrajaya untuk menghadiri persidangan (conference) "Being Me" yang danjurkan oleh Mercy Org. Dah apesal tetiba rasa cam skema pulak ayat. Okay memang ohsem la habaq hang. The speakers, sisters, sheihks, brothers are all awesome. Tak rugi malah berbaloi baloi seharian kat PICC tu :D hihi


Bermula dengan bacaan surah oleh Sis. Sharifah Khasif. Bila diabaca surah-surah tu dalam wajah-wajah yang berbeza, tetiba cam teringat ustazah maria, ustazah awani dengan ustaz syamsul ajar KKQ dulu. Woahh rindu gila nak belajar balik. Harapnya ada peluang tu nanti. Lepas opening ceremony ingatkan nak gi workshop, namun apekan daya, workshop Quran Recitation dah penuh penuh sepenuh penuhnya dah tak boleh masuk so kitorang memilih untuk dengar talk oleh Prof. Dr Muhaya - Garment for One Another. Oh lupa pulak nak gitau yang aku pergi conference ni bukan sorang-sorang tau, tapi bersama sama lagi 5 sahabat yang lain; Ahtirah, Fatihah, Ami, Leeqa, Ifah. Oh lupa jugak nak bagitahu yang workshop Quran Recitation tu dia punya speaker adalah Br. Fatih Serferagic. Mungkin sebab tu yang penuh kot, tapi memang workshop lepas-lepas tu pun penuh so memang kitorang dengar talk yang superduper awesome sahaja oh dan shopping sama :D

Prof. Dr Muhaya - Garment For One Another

Sis. Zohra Sawari - Women of Substance

Sis. Tasneem Ghauri - Muslimah: Identity given by Allah

Prof. Dr Zaleha - Freedom of Choice

Sh. Alaa ElSayed - HER story

Br. Yusha Evans - Ultimate Source of Liberation & It's a Girl!

Memang banyak la topic yang ada, tu belum masuk kat Sisters' Corner, Workshop lagi. Tak sempat nak masuk dan dengar semuanya. Sesi dengan Sis Yasmin & Sis Mubina pun tak sempat dengar sebab lewat masuk sikit lepas Zuhur. Oh dan dan dan pernah dengar 'early bird gets worm' ? yeah so kitorang ni kan kira cam early birds gak la (thanks to kakak Fatihah sebab belikan tiket awal) so kitorang dapat Special Seats hihi at the very very front line. 

Nak ceritakan satu-persatu isi yang kitorang dapat memang tak habis la sehari menaip. Meh sini nak summarize kan haha. Okay prof Muhaya cakap pasal - sebelum kita nak jadi pakaian untuk orang lain, kita kena jadi pakaian yang cantik dulu. Maksudnya di sini, camni la senang cakap sebelum kita nak mencari suami yang soleh kita kena la jadi solehah dulu, sebelum kita nak cari kawan yang baik kita kena lah jadi seorang kawan yang baik dulu, sebelum kita nak jadi seorang ibu yang baik kita kena la jadi anak yang baik dulu. Okay? Faham? Dan sebagai seorang Islam kita sangat sangat tidak patut untuk mengeluarkan kata-kata seperti "What if...., if only.., this should be..., sepatutnya.., kalau laa tadi..." haa ni semua adalah jarum-jarum syaitan untuk menggugat iman dan akidah kita. Oh dan prof jugak ada cakap, "If you are busy looking at the others, you'll never have a time to look for yourself" atau dalam erti kata lain kalau kita ni sibuk sangat nak jaga tepi kain orang as in sibuk nak cari kesalahan orang, sibuk nak tak puas hati dengan orang, nanti kang diri sendiri ni ha tak terjaga. Sebab tu lah sebelum jadi 'pakaian' untuk orang lain, jadilah 'pakaian' yang baik dahulu. Haa kalau nak tahu lagi, *sebab dengar live lagi best kan* jom lah kita ke Being Me 2014 pulak nanti hihi.

Lepas prof Muhaya, Bro Yusha Evans share sikit pengalaman dia sebelum revert to Islam. Dan sebagai muslim di bumi Amerika, dia cerita jugak pengalaman dia dengan kawan-kawan lama dia yang dulu satu geng tapi sekarang dah 'pandang' dia lain sebab ye la, dah balik US tetiba pakai jubah semua kan. Tetapi dia ada cakap "I'm not living for today alone because there will always be a day after today, wheteher it's tomorrow or the day of hereafter". Dan sebenarnya ada dua sesi dengan Bro Yusha iaitu pagi dan lepas Maghrib. Yang lepas maghrib punya memang daebak terbaik la baq hang. Save the best for the last kan? Pasal istimewanya menjadi seorang muslimah. Sis Zohra Sarwari pulak share dengan kitorang pasal srikandi yang hebat seperti Saidatina Khadijah, Fatimah, Zainab, Sumayyah, Asma', Ummu Sulaym yang sepatutnya kita jadikan contoh dan teladan. Okay mungkin nampak common, cliche, tapi tak. Tak okay. Mereka ni lah yang menjadi tulang belakang kebangkitan Islam 1400 tahun dulu. Mereka ni lah yang tak takut dengan ancaman puak puak kafir Quraisy dan mereka mereka ni la yang sepatutnya kita kenal, yang sepatutnya kita baca balik kisah hidupnya. 

Sis. Tasneem pun berkongsi tentang keistimewaan seorang muslimah. Tetapi tetapi malangnya *my bad* :( disebabkan cam time tu cam pukul 3.30 camtu tetiba diri ni cam nak terlelap pastu cam jiwa ke mana entah cam tak sedar hihi. Teruksnyewww. Tapi ada satu quote nak share daripada Sis Tasneem, "He knows us better than we know ourselves. Don't just look on what benefits us but also benefit others (which means the community)." Lepas tu ada perkongsian dari Prof Zaleha. Masa ni dia share satu video pasal love and mercy. Emm sedih gak la video dia. Eh bukan sedih tapi cam menyayat hati cam menyentuh perasaan gitu. Dan lepas break Asar ada talk given by Sheikh Alaa elSayed, menceritakan kisah seorang gadis yang kematian ibu bapanya, yang takde tempat bergantung harap, tetapi akhirnya sedar yang dia masih ada Allah. "When you fear people, you run away from them; but when you fear Allah, you run into him". Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal :D

Oh dan ade gak fashion show. Haa kelass gitu dan yang menariknya takde sorang pun lelaki dalam hall tu even cameraman pun takde, yang ada camerawoman je. Konklusinya di sini, program ni adalah program yang sangat bermanfaat :D sangat tak rugi sebab join so harapnya next year kalau ada rezeki boleh join lagi :)  Pada hari yang sama, ada jugak berlangsung program TeenACE tapi takkan nak belah badan jadi dua pastu pergi dua-dua kan? Haha mana bisa dongg. Jangan tamak sangat kang dedua tak dapat. Oh nak share lagi satu, 31 Oct & 1 Sept nanti ada conference lagi tau, Bidadari. So kepada sesiapa nak register boleh lagi rasanya. Speakers pun cam gempak gak. So marilah marilah hihi. 

[external image]
Syazana, Fatihah dan Athirah. 
Leeqa, Ami &Iffah tak dapat dikesan time ni. dan ade gak dakdak INTEC lain yang datang cam Mira, Norlin dan ada yang cam muka tapi tak tau nama :)

[external image]
Maka itulah sahaja entri pada kali ni. Maaf ye kualiti gambar tak berapa nak awesome sebab taklarat la nak bawak dslr hahaha so kita pakai kamera kecik je. 


oh dan  ini adalah sahabat sahabat yang sudi meluangkan masa time time cuti ni jumpa kat Taiping. Nantikan ceritanya pada episod entri yang akan datang. Ecehhh dah macam teaser dah haha. (Okay kalau sempat, akan disiapkan lah entri tersebut)

Sekian,
Salam sayang salam ceria.
Assalamualaikum.

xoxo,
Syazanaaaaaaa :)

p/s: Whoaaa lama gila tak buat entri panjangs panjangs uollss 
1 comment on "Me being me, you being you."
  1. ada entry terima kasih dari saya.. jom..

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/jom-blogwalking.html

    ReplyDelete

Leave your comment below.