Monday, December 17, 2012

Pantulan


Hai semua! *Semua? Apa khabar? Lama tak nampak? Busy ke? Nak ulang ayat yang sama : "Wow lama gila tak update blog. Bersawang sawang kalah labah-labah punya sawang." Lame kan? Ya ya ya. Jadi, apa kono eh jang tetibo ngupdate blog ni lopaih lamo ngilang. Hmm. Ohya, sempena tahun baru yang bakal menjema tak sampai sebulan pun lagi, blog aku kini mempunyai wajah yang baharu. Muahahahaha. Siapa peduli. Tapi, lantakla nak tulis jugak sebab ini merupakan salah satu terapi— menulis. 

Namun begitu, walaubagaimanapun, kendatipun, tujuan asal aku update ni sebenarnya bukan nak pum pang pum pang cerita satu dunia yang aku dah tukar layout baru. Ni ha nak habaq mai. Aku nak pum pang pum pang pasai satu ayat yang aku jumpa masa aku membaca. *tetiba jadi rajin SIKIT.

"O'man: man who is bored of life, who finds it is difficult to pass the days, and who has tasted the bitter vicissitudes of life, remember that ease follow difficulty, that Allah's promise is true, and that, if you are true and sincere, victory is near."

Ya. Ingatlah ya wahai rakan rakan teman teman semua, selepas susah akan datangnya senang. Sebab tu la ada peribahasa, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Sebab tu la kita selalu dengar, langit tak selalunya gelap. Dan sebab tu la jugak, ada lirik bunyinya 'after a hurricane, comes a rainbow' 


Makanya, kalau ada yang tengah bersedih sekarang, yang tengah mengharungi kesusahan, sabarlah. Usaha sedaya mungkin untuk kekal tabah dan ikhlaskan hati. In sha Allah semuanya akan nampak mudah. "Elehh syazana kau cakap memang la senang. Cuba kau rasa sikit". Memang. Cakap memang senang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan? Tapi tapi percayalahhhh "(It is) a Promise of Allah, and Allah fails not in His Promise, but most of men know not. Ar-Rum 30:6." 

Semoga post yang tak seberapa nak gah ni mampu memberi manfaat walaupun sedikit. Ianya juga peringatan untuk diri sendiri. Salam sayang, salam ceria.

p/s: Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.