Sunday, September 9, 2012

The Victims Of Radiation


Pernah dengar nama Chernobyl? Chernobyl adalah nama satu tempat kat Ukraine. Pada 26 April 1986, telah berlaku 'kemalangan' nuklear di  Chernobyl Nuclear Power Plant dan menyebabkan radiasi di sekitar kawasan tersebut. (Sumber : Chernobyl) Dan baru baru ni, ada dengar tak pasal Chernobyl Diaries ? Filem yang baru released Ogos lepas. Semalam aku dan Syasya dan Jua dan Izzati dan Mira Haz decide nak tengok movie ni memandangkan cerita yang ada cuma cerita hantu dan cerita ni. 

Mula-mula aku tak dapat nak pick-up sangat apesal sekumpulan manusia amerika ni nak pergi chernobyl tu sebab aku masuk 15 minit lambat -___- Yang aku pasti diorang tahu tempat tu pernah kena radiasi tapi gatal nak masuk juga last last padan muka semua mati (spoiler). Okay aku bukan nak review cerita ni tapi bagi aku cerita ni agak agak sensitif , mungkin kepada rakyat rakyat Ukraine yang ter-kena radiasi ni. Yelah, cerita ni yang menunjukkan orang yang kena radiasi tu bertukar jadi mutation yang macam zombi yang asyik kejar manusia dan makan manusia. So, bagi aku, benda ni sedikit sebanyak (mungkinla) akan membuatkan perasaan diorang yang pernah ada ahli keluarga yang jadi mangsa radiasi ni , terguris terhiris ter ter terbelah terpotong.. Hmm seolah-olah pembikin filem ni takde simpati kat mangsa-mangsaa.. Ye aku tahu cerita ni fiction semata-mata, sekadar nak hiburkan hati. Tapi, boleh pulak kan kita entertain diri kita dengan malapetaka yang menimpa orang lain? Cuba kalau benda ni jadi kat kita?

p/s: pendek gila entry ni -.- (assignment banyak tu la pasal)
pp/s: Selamat berhujung minggu :)

Sekian,
With love,
Syazana.

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Leave your comment below.