Sunday, September 30, 2012

Kempen? Campaign?


#WakeMeUpWhenSeptemberEnds.

Dan tamatlah bulan September. Maka esok masuklah bulan Oktober. Maka assignments semakin bertambah. Maka hidup semakin sibuk. Tak. Tak. Tak. Kesibukan bukanlah bergantung kepada assignment. Eh? Ah, teruskan je. Maka pada harini aku menjadi seorang pencuri. Pencuri masa. 

Bersalah jugak mencuri masa ni. Takut menyesal di kemudian hari. Tapi, tapi, tapi... ah whatever. Aku dah terlanjur tekan 'Create New Post', maka di sini lah aku pada petang Ahad. Tujuan aku mengupdate kali ni bukan lah untuk merungut pasal assignments, bukan nak merungut pasal result midsem aku. Tak elok merungut. Stop Whining. Seriously I hate a whining person even SOMETIMES I  do whine. 

Maka akan aku perjelaskan tujuan utama aku hari ni. Tujuan nya, err.. Aku nak mengajak korang-korang sekalian (oh my bm) untuk sama sama menyokong harimau malaya kempen yang sedang hangat seperti pisang goreng yang laku , yang mana ianya adalah kempen Treat A Girl Like A Girl atau dalam bahasa Melayu nya... ah translate la sendiri. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran sivik kepada seluruh manusia di muka bumi ni untuk menghormati para wanita/gadis/perempuan kerana mereka layak dihormati. Kan? Bukannya nak menafikan hak lelaki untuk turut dihormati - oh tidak sama sekali. Lelaki juga perlu dihormati. MALAHAN, semua orang mempunyai hak untuk dihormati. Namun namun namun, kempen ini lebih memberi penekanan kepada wanita/gadis/perempuan kerana dalam masyarakat sekarang semakin lama semakin pudar rasa hormat kepada seorang wanita. 


Hmm, jadi kalau korang rasa korang menyokong kempen ni, apa lagi, jom ramai-ramai klik http://www.facebook.com/TreatAGirlLikeAGirl dan like dan tinggalkan pendapat/pandangan korang kat dinding (wall page) ni. Segala maklum balas , kritikan, cadangan, feedback, korang amat aku hargai.

Sekian saja,
Terima kasih.
Wih love,
Syazana.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Leave your comment below.