Sunday, June 24, 2012

Event KitaKita : Pangkor, Perak


Ohyeah. Visit Perak 2012. Moh kite melawat Perak :D Kali ni nak update pasal Family Day kat Pangkor yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. The Family Day is organized by SABAR's KGKT and it was fun okayy. So, pagi 16 haribulan 6 lepas, kitorang gathered kat dataran dulu untuk briefing *la kot* bagi number kereta dan ambil gambar dan apa-apa yang patut. Lepastu dah selesai photoshoot, ape tunggu lagi, jalanlaaa :D Perjalanan ke Lumut mengambil masa selama selama err tak ingat la selama berapa jam. -.- 

Okay, sila cari saya.

Sekarang tiada benda 'free' ye. Harap maklum.

Ohh ohh :D Sila senyum dan kata 'Hai'


Dan kitorang sampai kat Jeti Pulau Pangkor lebih kurang dalam pukul 2 lebih camtu lepastu terus ke Purnama Beach Resort untuk check-in. Dan selepas check-in, mandi dan solat dan rehat dan taksempat tidur dan kemudian keluar pulak untuk acara sukaneka. Time ni, aku yang still pening dan mengantuk dan tak larat hanya mampu duduk atas buai dan melihat mereka ber-sukaneka dari jauh. Hoho. Dan dan dan dan dan *amboi over* selepas habis sukaneka, ohyeah time ni best - Bananana Boat. Okay eksaited maklumlah first time. Mwahaha. 

Yah , ini dia team banananaboat.

Fuhh, first time naik iz ohsem rasa nak naik lagi tapi dah nak maghrib. So, balik bilik -.- Malam tu, just makan makan BBQ dan sempat jugak la shopping baju. Tapi aku takbeli pun. Mula mula memang plan nak rembat gak at least sehelai kan tapi entah kenapa tetiba takde mood nak pilih baju. Bosan. Hoho. 

Kemudian, pagi esoknya 17 Jun, ohyeah ohyeah seronok lagi. Lepas breakfast , island hopping :D Ada Monkey Bay yang telah menjadi 'Dog Bay', lagi Taman Ikan, lagi batu ikan paus, batu penyu, dan beberapa pulau lagi. Tapi tapi tapi, lepas island hopping lagi best. Snorkelling. First time dalam hidup aku snorkelling nak habaq mai. Haha. *maaf sekiranya kedengaran seperti jakun* So, abang boat tu hantar la pergi Taman Ikan dan ape lagi selam ah puas puas. Namun, kusangka panas sampai ke petang, tapi apakan daya hujan di tengah hari. Satu kejadian yang tak disangka telahh berlaku! Dan dan dan aku sangat panik! Hoho, marilah aku ceritakan. Sedang aku asyik menyelam sambil mengintai ikan-ikan, tiba tiba Mr. H mai mintak goggle kat aku, fuh kacau lain *line* betul ah. Aku yang tak pandai berenang ni yang neves dalam laut ni, pun rela hati la nak bagi. Namun NAMUN NAMUN!!! Sedang aku ingin membukak aku punya goggle, ohmai Ya Allah, aku boleh pulak terlepass. Adehh apelagi dibawa ombak laa goggle tersebut maka burn lah duit abah kena ganti goggle yang aku hilangkan . Dan yang paling menyayat hati, aku cuma sempat mengintai dua ekor ikan sahaje. DUA EKORR TAHU! Sobsobs. Baru nak feel feel macam gambar bawah ni :


Nak buat camne kann, at least boleh jugak feel snorkelling. Lepas tu, kitorang pun balik bilik balik ready nak check-out. Oh nak check-out dah? Whatt? Sekejapnyaaaa . 




So, Pangkor , I'll miss you. See you later :)

Sekian,
With love,
Syazana.

3 comments on "Event KitaKita : Pangkor, Perak"

Leave your comment below.