Wednesday, May 9, 2012

Seandainya Rebah, Kau Masih Ada.


Okay tetiba teringat lagu tanya sama pokok yang jumpa pakcik husin tu (meet uncle hussain) . Yang aku terkesan , liriknya - tak mudah namun tak susah , terserah pada pilihan . Ya. Sebelum ni ada aku post-kan pasal pilihan. Banyak pilihan yang akan kita jumpa. Tak sekarang, nanti. Tak nanti, sekarang . Oh ade pahamm ? heheh. Maaflah bukan kepakaran aku untuk membuatkan orang faham dengan mudah. Haha. Cakap pasal pilihan, aku teringat pasal keputusan Form Six, Matrikulasi, UPU, IPG, dan sebagainya. Bagi yang dah membuat pilihan ke form six, sekarang sudah pun mula berorientasi mungkin. Mula mencatatkan nota nota baru menempuh STPM tahun depan. Yang dapat tawaran ke matrikulasi mungkin masih berkira-kira apa yang perlu dibawa, apa yang perlu dipersiapkan. Begitu juga bagi yang berpeluang menjengah dunia IPTA. Fulamak tetiba rasa bersastera sikit *cess perasan* . Aku ? Alhamdulillah . Matrikulasi ada menawarkan tempat, IPTA pun serupa. Mungkin aku akan ke IPTA. InsyaAllah kalau takde aral melintang menegak menyerong dan sebagainya. Kursusnya - Asasi Sains Fizikal . Universiti Malaya . Ada yang sama ? *okay sepp kalau sama* 


Yang penting sekarang, kat mana sekali pun kita belajar mesti ada semangat belajar, semangat nak mendalami ilmu pengetahuan yang luas tak terkira. Mesti bersungguh sungguh mesti rajin mesti fokus mesti mesti do your best . Kejayaan ada kat mana-mana. Semuanya bergantung pada individu tu sendiri. InsyaAllah . Yakinlah dengan apa yang telah atau yang akan anda putuskan. Dan buat lah pilihan yang terbaik . :D

Sekian.
With love,
Syazana. 

10 comments on "Seandainya Rebah, Kau Masih Ada."
  1. study elok2..tahniah dpt PASUM
    kirimslam putera remaja kat UM :)

    ReplyDelete
  2. good luck =) salam kenal drpd cikwan

    ReplyDelete
  3. haishh. berkobau kobau dah ni semangat nk belajar. hehehh

    ReplyDelete
  4. wah wah tahniah. ada yg blogger yang sama ngan ko la beb.dpt kat UM tapi course lain. dia ambik course asasi sains hayat. ni link blog dia;
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2012/05/universiti-malaya-wait-for-me.html#comment-form

    ReplyDelete
  5. @Hanie Dew : thanks :D hoho, buleh la berkenalan kat sana. hehe

    ReplyDelete

Leave your comment below.