Tuesday, April 3, 2012

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Petang semalam aku terima berita kematian seorang sahabat aku, Amira Farzana. Malam semalam, sempat aku ziarah jenazah dia kat rumah atuk dia. Aku nampak Amalina , duduk kat tepi jenazah, bace yasin, sambil menangis. Ye lah, kawan rapat dia dah takde. Sempat jugak aku tangkap beberapa perbualan kat sana, yang mengatakan Amira mula demam dan batuk batuk since hari Ahad. Then semalam (Isnin) dia dikejarkan ke klinik sebab dah mula sakit teruk. Petang tu, dia menghembuskan nafas terakhir. Kita sebagai manusia taktahu bila kita akan dipanggil bila tempoh hidup kita berakhir. Apepon, aku doakan semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan para Solihin. Amin. Al-Fatihah.
2 comments on "Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati"

Leave your comment below.