Friday, April 13, 2012

'Caterpillar' Berasal Dari Seorang Pak Cik

sumber gambar : google

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam jumaat, dan salam blogger ;) Hari ni aku nak kongsikan satu cerita menarik *kot* pasal ulat beluncas atau nama omputih nya caterpillar. Ya, itudiaa . Caterpillar adalah fokus kita pada kali ni ye, bukan beluncas tapi caterpillar. 

Ceritanya bermula begini...

Pada era penjajahan British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, seorang pegawai British yang dikenali sebagai Mark JojoBerg (bukan nama sebenar kerana mahu identitinya dirahsiakan) pergi bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai negeri Kedah. Dalam keasyikannya menghayati detik detik manis itu , dia terpandang suatu 'benda' yang sangat asing baginya. 'Wow, this is interesting.' getus hatinya sambil lagu Love Story nyanyian Taylor Swift berkumandang di benaknya. 

Mark JojoBerg

Dia terus tertanya-tanya apakah sebenarnya 'benda' tersebut. Kebetulan, dia ternampak seorang lelaki tua as known as 'pak cik' yang sedang berpenat lelah menuai padi. Mark JojoBerg dengan perasaan yang ingin tahu, meluru kearah pakcik tersebut dengan turut membawa benda yang dirasakannya aneh itu. Lalu, dia yang baru mendalami bahasa melayu bertanya pak cik tersebut dengan penuh berhati-hati. 'Ehemm, pak cik bolehkah saya ingin bertanyakan sesuatu' (sila baca dialog Mark JojoBerg dalam slanga mat salleh cakap melayu) . Pak cik yang sedang penat membalas dengan acuh tak acuh , 'Hah padia? Lekaih la.. Aku sebuk ni..'. 'Boleh  saya tahu apakah benda ini?' tanya Mark JojoBerg lagi. 'Manaa?' balas pak cik tersebut. Mark JojoBerg kemudiannya menunjukkan benda aneh tersebut kepada pakcik itu.

pakcik tua

'Ohh..natang ni..' pak cik tu mengangguk-angguk sendiri. 'Apakah nama benda ini pak cik?' Mark masih belum berpuas hati dengan jawapan pakcik tersebut. 'Err..kata pi laaa apa punn' kata pak cik tua . 'Apa pak cik?' tanya Mark lagi. ' KATA PI LAA! ' balas pak cik itu dengan perasaan geram , mungkin terlalu penat menuai padi, atau mungkin juga pakcik tersebut sebenarnya tidak tahu apakah benda aneh tersebut. 'Ohh, terima kasih pak cik' Mark kini berpuas hati. Waktu itu dia bermonolog sendiri di dalam hati ' I will bring this KATA PI LAA (sila baca slang omputih) with me..'. Maka dengan perasaan bangga dia memperkenalkan benda aneh itu kepada rakan rakannya dengan nama 'katapila' yang lama kelamaan di renovasi kan mengikut kesesuaian bangsa mereka menjadi 'caterpillar' . Dan dengan itu, tersebarlah 'caterpillar' ke seluruh pelusuk alam .

benda aneh yang dilihat Mark JojoBerg

Maka tamatlah cerita tersebut. Hoho. Sebenarnya sebenarnya sebenarnya kann.. cerita ni cikgu Bahasa Inggeris aku yang cerita kat budak-budak kelas aku dulu. Cuma, aku menambahkan beberapa elemen supaya penceritaan menjadi lebih menarik . haha, tapi time dia cerita lagi seronok woo. Dengan penuh perasaan ingin tahu aku dengaq sungguh sungguh. Time tu tak silap aku , aku darjah lima ke darjah enam entah.. Yang pasti sekolah rendah lagila.. Sebarang kesahihan cerita ini adalah tidak dijamin oleh pihak penerbitan . HAHA. Mungkin betul. Mungkin salah. Tapi , bila aku tanya Encik Wiki dia kata lain..

The etymological origins of the word are from the early 16th century, from Middle English catirpel, catirpeller, probably an alteration of Old North French catepelose: cate, cat (from Latin cattus) + pelose, hairy (from Latin pilōsus).
Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.

p/s: Ohya, sumber gambar-gambar didermakan oleh Encik Google.

6 comments on "'Caterpillar' Berasal Dari Seorang Pak Cik"
  1. as salam...
    good one.
    menarik sungguh info kamu..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. oooo begitu...baru sy tau...tankiyu tankiyu

    ReplyDelete
  3. alamak..tetiba geli² lak kat peyut nih nengok cik beluncas nih...

    ReplyDelete
  4. Hahaha! Serius lawak lah. Memang sy baca pun syok gila. Haha. Nice one :D
    Follow sini btw :D

    http://sophiealyahya.blogspot.com/2012/04/tips-temuduga-senibina.html

    ReplyDelete
  5. gelinya... takleh nak pegang...

    p/s: kak mia tag http://www.mialiana.com/2012/04/segmen-macam-mana-blog-aku-by-eqa.html

    ReplyDelete
  6. hahahahaha

    tergelak-gelak saya baca ni.


    kalau betul kan seronok! hehe

    ReplyDelete

Leave your comment below.