Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #7

you better watch out if you wanna deal with me. YAHHHH.
Tuesday, April 24, 2012

Engineering Futures.


Semalam , bertarikh doploh tiga haribulan empat atau nama modern-nya, 23 April , aku berpeluang mencoba-coba nasib dalam sesi temuduga UTP, yang apabila di-extend-kan menjadi Universiti Teknologi PETRONAS. Kursus yang aku mintak , chemical engineering for the first option, petroleum engineering and then followed by petroleum geoscience. But, tak tahu yang mana aku dapat. walawehh, interview pun belum tentu pass. Interview dia, satu sesi je. Tapi, dalam satu sesi tu ada dua bahagian, individual and by group. Dalam satu group pulak mesti mengandungi tiga orang berjantina lelaki, dan dua orang berjantinakan perempuan. Dah nama pun engineer, mostly lelaki lah kan. And, I did have an awesome group. I think all of them will pass, but not me. Yah, ssemoga korang berjaya. Aku rasa aku tak buat yang the best semalam. Entah kenapa, dengan sakit perut nya, neves nya. HAH, alasan syazana alasan -,- 

Dan semalam , daripada seribu orang yang dipanggil temuduga cuma lima ratus lebih saje yang memunculkan diri. Mungkin yang selebihnya .. entah, kemana ya? Tapi, the interview supposed to be continued by today and tomorrow. So, goodluck for those yang akan di-interview esok. 


the Information Resource Centre of UTP atau nama ringkas nya perpustakaan. sempat melirik daripada luar sahaje. lepas habis interview session, ada career talk pulak. yang ni, ohno, maklumlahkan.. bila jam dah menunjukkan matahari mula condong ke belah barat, mata ibarat layang layang ditiup angin *hampess, takreti nak buat gaya sasterawan* senang kata, dah mula mengantuk la. dengan kepala berat gila. gila berat woh. dengar je sambil angguk angguk mengiyakan kata-kata lecturers. Perhatian: ini adalah amalan gaya hidup tidak sihat. sila jangan jadikan panduan hidup. Maka tamatlah hari aku disitu. 

Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.


Friday, April 20, 2012

Air Dan Batu


Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
Friday, April 13, 2012

'Caterpillar' Berasal Dari Seorang Pak Cik

sumber gambar : google

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam jumaat, dan salam blogger ;) Hari ni aku nak kongsikan satu cerita menarik *kot* pasal ulat beluncas atau nama omputih nya caterpillar. Ya, itudiaa . Caterpillar adalah fokus kita pada kali ni ye, bukan beluncas tapi caterpillar. 

Ceritanya bermula begini...

Pada era penjajahan British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, seorang pegawai British yang dikenali sebagai Mark JojoBerg (bukan nama sebenar kerana mahu identitinya dirahsiakan) pergi bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai negeri Kedah. Dalam keasyikannya menghayati detik detik manis itu , dia terpandang suatu 'benda' yang sangat asing baginya. 'Wow, this is interesting.' getus hatinya sambil lagu Love Story nyanyian Taylor Swift berkumandang di benaknya. 

Mark JojoBerg

Dia terus tertanya-tanya apakah sebenarnya 'benda' tersebut. Kebetulan, dia ternampak seorang lelaki tua as known as 'pak cik' yang sedang berpenat lelah menuai padi. Mark JojoBerg dengan perasaan yang ingin tahu, meluru kearah pakcik tersebut dengan turut membawa benda yang dirasakannya aneh itu. Lalu, dia yang baru mendalami bahasa melayu bertanya pak cik tersebut dengan penuh berhati-hati. 'Ehemm, pak cik bolehkah saya ingin bertanyakan sesuatu' (sila baca dialog Mark JojoBerg dalam slanga mat salleh cakap melayu) . Pak cik yang sedang penat membalas dengan acuh tak acuh , 'Hah padia? Lekaih la.. Aku sebuk ni..'. 'Boleh  saya tahu apakah benda ini?' tanya Mark JojoBerg lagi. 'Manaa?' balas pak cik tersebut. Mark JojoBerg kemudiannya menunjukkan benda aneh tersebut kepada pakcik itu.

pakcik tua

'Ohh..natang ni..' pak cik tu mengangguk-angguk sendiri. 'Apakah nama benda ini pak cik?' Mark masih belum berpuas hati dengan jawapan pakcik tersebut. 'Err..kata pi laaa apa punn' kata pak cik tua . 'Apa pak cik?' tanya Mark lagi. ' KATA PI LAA! ' balas pak cik itu dengan perasaan geram , mungkin terlalu penat menuai padi, atau mungkin juga pakcik tersebut sebenarnya tidak tahu apakah benda aneh tersebut. 'Ohh, terima kasih pak cik' Mark kini berpuas hati. Waktu itu dia bermonolog sendiri di dalam hati ' I will bring this KATA PI LAA (sila baca slang omputih) with me..'. Maka dengan perasaan bangga dia memperkenalkan benda aneh itu kepada rakan rakannya dengan nama 'katapila' yang lama kelamaan di renovasi kan mengikut kesesuaian bangsa mereka menjadi 'caterpillar' . Dan dengan itu, tersebarlah 'caterpillar' ke seluruh pelusuk alam .

benda aneh yang dilihat Mark JojoBerg

Maka tamatlah cerita tersebut. Hoho. Sebenarnya sebenarnya sebenarnya kann.. cerita ni cikgu Bahasa Inggeris aku yang cerita kat budak-budak kelas aku dulu. Cuma, aku menambahkan beberapa elemen supaya penceritaan menjadi lebih menarik . haha, tapi time dia cerita lagi seronok woo. Dengan penuh perasaan ingin tahu aku dengaq sungguh sungguh. Time tu tak silap aku , aku darjah lima ke darjah enam entah.. Yang pasti sekolah rendah lagila.. Sebarang kesahihan cerita ini adalah tidak dijamin oleh pihak penerbitan . HAHA. Mungkin betul. Mungkin salah. Tapi , bila aku tanya Encik Wiki dia kata lain..

The etymological origins of the word are from the early 16th century, from Middle English catirpel, catirpeller, probably an alteration of Old North French catepelose: cate, cat (from Latin cattus) + pelose, hairy (from Latin pilōsus).
Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.

p/s: Ohya, sumber gambar-gambar didermakan oleh Encik Google.

Wednesday, April 11, 2012

Tokyo, I'm Coming!


Tokyo, seperti yang korang tahu Tokyo adalah sebuah bandar kat Jepun nuh *dalam kekecohan gempa bumi Acheh ni, aku mintak maaf lah ye meng-update pasal Tokyo ni, bukan ape.. nak share something je* Em, sekejap jangan salah sangka pulak. Bukannya aku nak pergi travel Tokyo tu hehehehe

Entri kali ni pendek je , *haha, memang selalunya pendek pon* apa yang aku nak share sebenarnya ialah :
Dekat Tokyo, basikal adalah lebih cepat daripada kereta untuk perjalanan yang kurang 50 minit! 
Kan, untungla jimat minyak jimat masa jimat duit. Tapi kena korban tenaga sikit la kan? Tapi *lagi* dalam masa yang sama dapat exercise buang lemak di badan sebab tu orang Tokyo kebanyakkannya fit fit aje . Mostly yang overweight adalah orang sumo.

Akhir kata, jom layan gambar gambar sekitar Jepun yang aku sempat tangkap haritu. Ehh, silap. Yang sempat aku pinjam kat Encik Tumblr. Mwahaha.

Tengok! Gambar longkang pun lawa bila ada pokok sakura. kan kan kan?


Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.

p/s : Marilah sama-sama mendoakan keselamatan penduduk Acheh dan kawasan yang sama waktu dengannya. Semoga kita sama-sama terselamat daripada segala bala , bencana , dan malapetaka. Amin.


Monday, April 9, 2012

Takde Idea Wehh!


Nahh, tengok title pun dah tau kan? Blank blank blank wehh! 'Poyoss ah budak ni, takde idea gedik buat entri apesal?' , aku tau itulah katakata hati sesiapa yang ter-terjah entri ni (kalau ade yang terjah la kan) Emm, since aku takde sebarang idea yang dicetuskan oleh nerve nerve kepala otak ni, jom lah aku nak share salah satu OST Dream High 2 , tapi yang ni pun aku copy paste dari sini , so ape celop kan kopi teh je .. eh, copy paste je. Hah, layaan jela ..



Jung Jin Woon, Kim Ji Soo, Jr, Kang Sora - B Life Lyrics | Dream High 2 OST
I am a boy just a boy
Just a boy out of many boys
I'm not anything special, I don't have much to show off
I'm that kind of person 
I am a girl just a girl
Even if you see me passing by, I'm a girl you don't know
I'm not pretty at all and my eyes and nose are average
I'm that kind of person 
We are B B B-level, wanting to be A-level
We are ab-ab-abnormal, wanting to stand on the peak
We are B B B-level, wanting to be A-level
We are ab-ab-abnormal, wanting to stand on the peak 
Our errands aren't really important
We only have pointless places to spend
We are only shedding useless sweat beads
More than my frustrated heart is the frustrated people around me
And seeing their faces makes even me tired 
Will the day come when I find that
Something special in me and show it off?
Before I lose what little dreams I have left in me,
Will the light shine on me too?
We are a B 
Read more: B Life Dream High 2 OST English Translation Lyrics | InfoTaip
via infotaip.blogspot.com

Haa best kan? kan kan kan? Eh, camne tau best ke tak? Muzik pun takde dengar. So, meh terjah sesama! Search la kat youtube : B Dream High 2 . I just like the lyric because it's kindly motivates me  :)

p/s: mind my good-for-nothing entry . sorry. I just too too too boring -,-

With love,
Syazana.



Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday #6


Saya wirawati Nur Syazana binti Khairol Azmi , nombor badan 466 , dari skuadron Fulchrum , bersedia untuk tamat latihan, Tuan! 

p/s : err -,- dahlama tamat, sukahatilakan nak post bila. *gedik-ah* 

Tuesday, April 3, 2012

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Petang semalam aku terima berita kematian seorang sahabat aku, Amira Farzana. Malam semalam, sempat aku ziarah jenazah dia kat rumah atuk dia. Aku nampak Amalina , duduk kat tepi jenazah, bace yasin, sambil menangis. Ye lah, kawan rapat dia dah takde. Sempat jugak aku tangkap beberapa perbualan kat sana, yang mengatakan Amira mula demam dan batuk batuk since hari Ahad. Then semalam (Isnin) dia dikejarkan ke klinik sebab dah mula sakit teruk. Petang tu, dia menghembuskan nafas terakhir. Kita sebagai manusia taktahu bila kita akan dipanggil bila tempoh hidup kita berakhir. Apepon, aku doakan semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan para Solihin. Amin. Al-Fatihah.
Monday, April 2, 2012

Ohh Chewing Gum!



Menurut siasatan beberapa pakar makanan , chewing gum membantu mengurangkan kelaparan dan mengurangkan pengambilan makanan ringan. Nah! Bagi sesapa yang nak turunkan berat badan, chewing gum amat sesuai untuk anda! Tapi, macam yang kita ketahui.. KEBANYAKAN chewing gum yang ade kat dunia ni diperbuat daripada gelatin terutamanya gelatin yang diperoleh daripada haiwan merahjambu berkaki kecik yang terang terang haram disisi Islam. Jadi, sebagai pengguna Islam , kita perlu , wajib, mesti, check dulu chewing gum yang kita nak makan. Ni , aku ada nak share sikit info yang aku jumpak kat Halal Guide pasal chewing gum nih. Check-it up :) 

CHEWING GUM
Manufacturer /Vendor
Brand
Coagulant/Ingredients
Use 
Dynamint Co.
Dynamints
Candelilla Wax
HALAL 
Wrigley's Co.
Chewing gum
100% mineral or Vegetable base
HALAL 
Warner Lambert Co.
Chewing Gum
Chicklets Dentyne Trident
Freshen Up
Vegetable base
HALAL 
Beach Nut
Chewing Gum
Glcerl Monosterate Or Ester of Gum from any animal fat
HARAM
 Yaa, itulah sedikit yang mampu aku kongsikan. Korang bolehlah buat research lagi kalau tak puas hati. heheh . Sebenarnya bukan chewing gum je yang perlu kita check ke-halal-an atau ke-haram-an nya. Makan lain pun sama . So, kalau nak check : bolehlah kunjungi laman Direktori Halal Malaysia




Ha! Info tambahan : Produk pertama di dunia yang gunakan bar code adalah cokelat getah Wrigley's. 


(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.




Sekian , terima kasih.
With love,
Syazana.