Wednesday, March 21, 2012

White Resort, Peace Yo!


Yeah, sebenarnya dah nak masuk seminggu aku tamat latihan kat Kem PLKN White Resort K1/S9/2012, tapi ni lah, baru sempat aku update blog aku ni. Sibuk memanjang. Lepas balik hari Jumaat (16 Mac) terus sambung journey ke Pasir Mas sebab cousin aku , Kak Izati, bertunang pada 17 Mac baru baru ni. Then, pagi 18 Mac terus balik Perak. Mang penat sikit la kann. Kemudian Isnin dan Selasa berlalu begitu pantas. Haha. Sehinggalah tiba hari ini , Rabu. Sebetulnya aku nak buat Wordless Wednesday harini, namun aku gagahkan diri aku memerah jus jus otak untuk menaip serba serbi pengalaman aku kat kem . 


okay, kalau aku nak taip satu persatu journey aku kat sana starting 3 Januari sampai lah 16 Mac memang tak habis sehari korang baca. Ianya terlalu banyak untuk diceritakan. Honestly, mulamula bila dapat tahu aku kena first intake rasa macam 'Ohh. oke . kumpulan satu eh?' blurr ja. sampaila bila dah naik bas kat Kompleks Rakan Muda, Kamunting, baru la rasa macamm ' Weh, aku dah nak pergi plkn ke ni? alaa' so demm. Haha. Sesampai kat sana terus lunch, then pendaftaran bla bla bla, amik baju, dan jadilah aku sebagai wirawati Fulchrum White Resort. Gila. Malam first mang tak boleh tidoq habaq hangg. Aku punya la spare time tidur lewat kat rumah malam sebelum tu, alih alih .. pehh.. sebabnya sakit gila tulang belakang aku.. kerja aku malam tu, duduk atas katil sambil memerhatikan sekeliling. Naseb baik takdak benda pelik pelik mai sergah aku .. Kemudian hari demi hari berlalu, ada la dua tiga benda baru yang aku belajar. Benda penting yang dapat aku nampak ialah, dunia luar sana lebih mencabar , yang ni baru kat PLKN macam macam sikap attitude perangai manusia yang aku nampak , apatah lagi bila dah masuk dalam komuniti yang lebih besar nanti, kan?


Masa aku rasa berlari begitu pantass. Kelas Character Building, kelas budaya kerja, kelas PKRS, kelas kenegaraan, modul modul fizikal , pejam celik pejam celik dah sampai final exam. Tak lain tak bukan, WIRAJAYA. Yang ni mang menguji tahap kekuatan mental & fizikal wira wirawati seluruhnya. Yang paling aku akan ingat ialah , moment ketika skuadron aku terpaksa redah paya yang bau macam watdefrog sedangkan skuadron lain enak menggunakan kemudahan jalan berturapkan tar. Tak habis dengan tu, kena sound dengan makcik pulakdah. Makcik mana, aku tak kenal. Dia punya laa marah tengok kitorang lalu tepi rumah dia. Siap warn lagi 'Kalau jadi pape kat pokok makcik , sapa nak ganti?Mintak maap memang senang'. Kan ke dah terkoyak sikit mental time tu. So, jadilah kitorang skuadron yang kedua TERAKHIR sampai. tapi takpe, biar lambat asal hebat. bhahaha .

:: gonna miss them. ::

Lagi, makan nasi berkuahkah hujan pun ohsemm jugak. time tu, nasi putih berlaukkan ayam merah memang terasa sangat amat lazat sekali. Bila dah penat, suma benda jadi sedap. Even, air kosong pun dah rasa macam jus epal. *oketipu* Habis je wirajaya, tamatlah semua aktiviti fizikal yang ada. Enjoy la time tu. PT pagi 6.30 dah habis. Mang rasa victory yeah yeah la *kot*.


Oh lupa, pengalaman menembak pun ohsemm even M16 yang aku guna tu macam hidup segan mati tak mahu, I still enjoyed it. Daripada 20 butir peluru, 5 je yang mampu kena sasaran. Hebat kan? *clap*
Hishh, banyak lagi aku nak story mory ni .. tapi, takpelah. Dalam entri lain aku sambung ye. so, that's all for now. Adioss :)

p/s: Oh, result SPM dah dapat. Alhamdulillah.


2 comments on "White Resort, Peace Yo!"

Leave your comment below.