Sunday, January 1, 2012

Pertama Tahun Ini.

photo by Marta&Sara

Baiklah. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Ya, aku pasti semua orang tahu bahawa hari ini masuklah kita ke dalam tahun yang baru tahun 2012. Selamat tahun baru aku ucapkan. Bila bercakap soal tahun baru, kita selalu sinonim dengan azam baru, baju baru, kereta baru, rumah baru , semua lah baru. Isteri pun baru. Hoho. Joke joke sahaja ye. Sebenarnya sebagai muslim kita dah sambut tahun baru sebulan yang lalu sebab hari ni pun dah masuk bulan kedua tahun baru Islam - Safar 07. Kiranya masih baru lagi la kan?

Azam : lepas aku google sikit aku nak share serba sedikit maksud Azam. Azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya). Jadi azam aku ialah menjadi seorang hamba yang lebih tabah dari sebelumnya. Berhijrah kepada yang lebih baik, di jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah. Umum kan? Well, banyak azam yang spesifik lagi tapi takpelah biar aku share sengsorang jelah . Nanti kang muak pulak korang baca banyak banyak kan ?

Photo by Mark Boucher

Schedule : hmm. actually banyak yang aku nak buat tahun ni terutamanya masa-masa kosong memenuhi hari hari menunggu result spm keluar. tapi, apakan daya kita cuma merancang, Allah yang menentukan . Ye tak? Mulai lusa , aku akan terlibat dalam satu program kebangsaan yang membentuk jati diri aku dan peserta peserta lain yang terlibat. Tak lain tak bukan : Malaysian National Service atau dalam bahasa Melayu lebih dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. PLKN lah weh. Aku harap aku dah bersedia fizikal dan mental nak duduk sana 3 bulan. Jadi, event pertama aku tahun 2012 adalah di kem. Semoga ianya permulaan yang baik. Semogalah.

p/s: Don't cry because it's over, smile because it happened. Biarlah pengalaman 2011 menjadikan kita insan yang lebih baik pada tahun ini dan seterusnya . (:
8 comments on "Pertama Tahun Ini."
  1. Adik ni mudanyeee lah hai... Tagh tunggu result spm ye... Heheheh..

    ReplyDelete
  2. Harap SPM pass with flying colors ea akak XD

    ReplyDelete
  3. so ape plan awk untuk tahun baru ni?

    ReplyDelete
  4. salam....

    selamat tahun baru 2012....

    saya folo blog awak...***328

    ReplyDelete

Leave your comment below.