Monday, December 17, 2012

Pantulan


Hai semua! *Semua? Apa khabar? Lama tak nampak? Busy ke? Nak ulang ayat yang sama : "Wow lama gila tak update blog. Bersawang sawang kalah labah-labah punya sawang." Lame kan? Ya ya ya. Jadi, apa kono eh jang tetibo ngupdate blog ni lopaih lamo ngilang. Hmm. Ohya, sempena tahun baru yang bakal menjema tak sampai sebulan pun lagi, blog aku kini mempunyai wajah yang baharu. Muahahahaha. Siapa peduli. Tapi, lantakla nak tulis jugak sebab ini merupakan salah satu terapi— menulis. 

Namun begitu, walaubagaimanapun, kendatipun, tujuan asal aku update ni sebenarnya bukan nak pum pang pum pang cerita satu dunia yang aku dah tukar layout baru. Ni ha nak habaq mai. Aku nak pum pang pum pang pasai satu ayat yang aku jumpa masa aku membaca. *tetiba jadi rajin SIKIT.

"O'man: man who is bored of life, who finds it is difficult to pass the days, and who has tasted the bitter vicissitudes of life, remember that ease follow difficulty, that Allah's promise is true, and that, if you are true and sincere, victory is near."

Ya. Ingatlah ya wahai rakan rakan teman teman semua, selepas susah akan datangnya senang. Sebab tu la ada peribahasa, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Sebab tu la kita selalu dengar, langit tak selalunya gelap. Dan sebab tu la jugak, ada lirik bunyinya 'after a hurricane, comes a rainbow' 


Makanya, kalau ada yang tengah bersedih sekarang, yang tengah mengharungi kesusahan, sabarlah. Usaha sedaya mungkin untuk kekal tabah dan ikhlaskan hati. In sha Allah semuanya akan nampak mudah. "Elehh syazana kau cakap memang la senang. Cuba kau rasa sikit". Memang. Cakap memang senang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan? Tapi tapi percayalahhhh "(It is) a Promise of Allah, and Allah fails not in His Promise, but most of men know not. Ar-Rum 30:6." 

Semoga post yang tak seberapa nak gah ni mampu memberi manfaat walaupun sedikit. Ianya juga peringatan untuk diri sendiri. Salam sayang, salam ceria.

p/s: Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.
Saturday, November 10, 2012

Event KitaKita : Melaka

So guys whats up? Oh sudah bulan November pun. Dan tak lama lagi akan Back To December, kata Taylor Swift. Maka 2012 Fall Semester sudah pun memberikan kata kata selamat tinggal beserta lambaian perpisahan. Maka kenangan bersama sama Chicago-ians juga akan aku simpan sampai mati. Chewah. Haha. Semalam punya semalam punya semalam punya semalam dan punya semalam yakni 4 November shingga 6 November yakni lepas SAT yakni Ahad sampai Selasa lepas, aku dan kawan kawan kelas aku  telah selamat sampai ke Tanjung Bidara Melaka dengan tujuan merapatkan silaturahim sesama Chicago-ians yang bakal berpisah. Muahaha. Jadi, event kat melaka ni genre nya melankolik sikit. Eh yeke? Whatevablablablaaaaaaaaaa. TAPI, malangnya gambar gambar kat sana takde dalam memori kamera aku so yeah aku cilok kat fesbuk je. 




Asdfghjkl. Maka inilah serba sedikit yang boleh aku kongsikan. Seronok? Muahahaha. A picture speaks thousand words. So aku tempek 4 gambar , 4X1000 = 4000 words. Maka carilah sendiri word word tersebut dalam gambar gambar ni. Malas. Dan dan dan terima kasih banyak banyak kepada classmates aku semua sebab dah berjaya melangsungkan percutian ini dengan jayanya. Hm nampaknya aku masih belum move on. Dah seminggu pun baru nak update pasal ni. Well, the outdated syazana. 
au revoir!
Sekian,
With love,
Syazana.


Saturday, October 13, 2012

I Am A Stalker


Well. It just happened. I stalked a person. Who on earth didn't stalk?? Oh, actually it's not 'stalking' but cyber stalking. Haha i just learned this on Oral Comm. class. A group made a campaign, 'Stop Stalking, Guys' and Athirah asked me to help her. So she told me to be a stalker (or to act as a stalker). Well, she chose a right person. muahaha. I don't know that she wanted me to stalk a girl, she gave me a choice - Syaf or Suraiya.. I REALLY HAVE NO IDEA WHY I HAVE TO STALK A GIRL so I don't have a logic answer when they asked me WHY I stalked Syaf. I guess I gave a bad reason and I feel bad :| Okay, forget it. However, between Syaf and Suraiya - I chose Syaf because of her room is nearer. So it'll become easy to stalk a person who is nearer, I guess. Sorry Syaf.

Okay. From that class, I learned that STALKING can be really really really threatening to the person who have been stalked or who is currently being stalked. (Ape sebenarnya aku nak cakap ni?) Easy said, Stalking is bad but Cyber Stalking is okay. Huh?


Walau bagaimanapun, however, gimanapun;
Just to remind that YOU GUYS YOU GIRLS should beware - think carefully wisely smartly blablablaly before uploading/posting/tweeting/instagraming/pathing anything to the internet. yeah, there is someone who is stalking you. just, beware. 

Ohya, I want to share something. I'd be honoured if you watch this video. 



That's all for now. :D
Hey you, stop stalking me cuz now I can track my stalker HAHA.

Sekian,
With love,
Syazana.
Sunday, September 30, 2012

Kempen? Campaign?


#WakeMeUpWhenSeptemberEnds.

Dan tamatlah bulan September. Maka esok masuklah bulan Oktober. Maka assignments semakin bertambah. Maka hidup semakin sibuk. Tak. Tak. Tak. Kesibukan bukanlah bergantung kepada assignment. Eh? Ah, teruskan je. Maka pada harini aku menjadi seorang pencuri. Pencuri masa. 

Bersalah jugak mencuri masa ni. Takut menyesal di kemudian hari. Tapi, tapi, tapi... ah whatever. Aku dah terlanjur tekan 'Create New Post', maka di sini lah aku pada petang Ahad. Tujuan aku mengupdate kali ni bukan lah untuk merungut pasal assignments, bukan nak merungut pasal result midsem aku. Tak elok merungut. Stop Whining. Seriously I hate a whining person even SOMETIMES I  do whine. 

Maka akan aku perjelaskan tujuan utama aku hari ni. Tujuan nya, err.. Aku nak mengajak korang-korang sekalian (oh my bm) untuk sama sama menyokong harimau malaya kempen yang sedang hangat seperti pisang goreng yang laku , yang mana ianya adalah kempen Treat A Girl Like A Girl atau dalam bahasa Melayu nya... ah translate la sendiri. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran sivik kepada seluruh manusia di muka bumi ni untuk menghormati para wanita/gadis/perempuan kerana mereka layak dihormati. Kan? Bukannya nak menafikan hak lelaki untuk turut dihormati - oh tidak sama sekali. Lelaki juga perlu dihormati. MALAHAN, semua orang mempunyai hak untuk dihormati. Namun namun namun, kempen ini lebih memberi penekanan kepada wanita/gadis/perempuan kerana dalam masyarakat sekarang semakin lama semakin pudar rasa hormat kepada seorang wanita. 


Hmm, jadi kalau korang rasa korang menyokong kempen ni, apa lagi, jom ramai-ramai klik http://www.facebook.com/TreatAGirlLikeAGirl dan like dan tinggalkan pendapat/pandangan korang kat dinding (wall page) ni. Segala maklum balas , kritikan, cadangan, feedback, korang amat aku hargai.

Sekian saja,
Terima kasih.
Wih love,
Syazana.
Sunday, September 9, 2012

The Victims Of Radiation


Pernah dengar nama Chernobyl? Chernobyl adalah nama satu tempat kat Ukraine. Pada 26 April 1986, telah berlaku 'kemalangan' nuklear di  Chernobyl Nuclear Power Plant dan menyebabkan radiasi di sekitar kawasan tersebut. (Sumber : Chernobyl) Dan baru baru ni, ada dengar tak pasal Chernobyl Diaries ? Filem yang baru released Ogos lepas. Semalam aku dan Syasya dan Jua dan Izzati dan Mira Haz decide nak tengok movie ni memandangkan cerita yang ada cuma cerita hantu dan cerita ni. 

Mula-mula aku tak dapat nak pick-up sangat apesal sekumpulan manusia amerika ni nak pergi chernobyl tu sebab aku masuk 15 minit lambat -___- Yang aku pasti diorang tahu tempat tu pernah kena radiasi tapi gatal nak masuk juga last last padan muka semua mati (spoiler). Okay aku bukan nak review cerita ni tapi bagi aku cerita ni agak agak sensitif , mungkin kepada rakyat rakyat Ukraine yang ter-kena radiasi ni. Yelah, cerita ni yang menunjukkan orang yang kena radiasi tu bertukar jadi mutation yang macam zombi yang asyik kejar manusia dan makan manusia. So, bagi aku, benda ni sedikit sebanyak (mungkinla) akan membuatkan perasaan diorang yang pernah ada ahli keluarga yang jadi mangsa radiasi ni , terguris terhiris ter ter terbelah terpotong.. Hmm seolah-olah pembikin filem ni takde simpati kat mangsa-mangsaa.. Ye aku tahu cerita ni fiction semata-mata, sekadar nak hiburkan hati. Tapi, boleh pulak kan kita entertain diri kita dengan malapetaka yang menimpa orang lain? Cuba kalau benda ni jadi kat kita?

p/s: pendek gila entry ni -.- (assignment banyak tu la pasal)
pp/s: Selamat berhujung minggu :)

Sekian,
With love,
Syazana.

Sunday, September 2, 2012

Bulan Ke-3


Dua bulan. Dua bulan dah aku secara rasminya pelajar INTEC UiTM. INTEC? What's that? Sila google dan jangan malas. Muahaha! Emm emm emm lama gila tak update blog. Awkward la pulak bila nak start update update balik. Persetankan ke-awkward-an itu syazana. (Note: Ampunkan kemenyampahan cara penulisan aku. Akan aku cuba perbaiki dari masa ke masa)

Eleh Syazana ni, bajet busy la tu tak update blog. Konon sesibuk PM, sesibuk bisnesman padahal....
Bilalaa SyaSyazana ni nak update blog dia tu, alaa rindulaa
Emm hari hari saya type sya-syazana.blogspot.com nak tengok update terkini, tapi.. :(

Kahkah ada kaa yang tak sabaq tunggu cek update blog? Perasan lebih nohh! Dah dah itu semua komen rekaan semata-mata. Jangan terpedaya dan mari menuju ke topik utama kita pada hari ni ya.


Syazana bila hang nak pi obesi? Kata dapat pi UK..eh ka US?
Syazana hang study mana la ni? Betui ka hang dah resign UM? Awat? Homesick ehh? 
Syazana bila hang nak kawin ni? *tetiba*

Fuhh. Pertamanya, Aku tak tau mana datang khabaq angin kata aku nak pi uk, us tu insyaAllah. Doa-doakan lah supaya aku dapat lepas 3.50CGPA kat intec ni + 1000 SAT Score + 75 TOEFL. Dapat lepas ketiga tiga syarat ni INSYAALLAH dengan izin-Nya dapat lah aku sambung Actuarial Science kat us. Keduanya, seperti yang dinyatakan di atas sekarang aku tengah study kat INTEC UiTM Shah Alam Seksyen 17 sapa nak mai melawat dialu-alukan. So, sebabtu la aku dah tak belajaq kat UM sebagai PASUMian. Sobsobs tetiba teringat pasum. Bukan aku homesick-lepastu-lari-balik-bukit-merah-lepastu-duk-rumah-goyang-kaki. Tidak. *Paham ke idak ni? Ketiganya, tetiba?

Hmm nak tulis lagi nak tulis lagi tapi sekarang ada assignment :( Nanti aku sambung.

Sekian.
With love,
Syazana.

//Photo credit weheartit.com

Sunday, June 24, 2012

Event KitaKita : Pangkor, Perak


Ohyeah. Visit Perak 2012. Moh kite melawat Perak :D Kali ni nak update pasal Family Day kat Pangkor yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. The Family Day is organized by SABAR's KGKT and it was fun okayy. So, pagi 16 haribulan 6 lepas, kitorang gathered kat dataran dulu untuk briefing *la kot* bagi number kereta dan ambil gambar dan apa-apa yang patut. Lepastu dah selesai photoshoot, ape tunggu lagi, jalanlaaa :D Perjalanan ke Lumut mengambil masa selama selama err tak ingat la selama berapa jam. -.- 

Okay, sila cari saya.

Sekarang tiada benda 'free' ye. Harap maklum.

Ohh ohh :D Sila senyum dan kata 'Hai'


Dan kitorang sampai kat Jeti Pulau Pangkor lebih kurang dalam pukul 2 lebih camtu lepastu terus ke Purnama Beach Resort untuk check-in. Dan selepas check-in, mandi dan solat dan rehat dan taksempat tidur dan kemudian keluar pulak untuk acara sukaneka. Time ni, aku yang still pening dan mengantuk dan tak larat hanya mampu duduk atas buai dan melihat mereka ber-sukaneka dari jauh. Hoho. Dan dan dan dan dan *amboi over* selepas habis sukaneka, ohyeah time ni best - Bananana Boat. Okay eksaited maklumlah first time. Mwahaha. 

Yah , ini dia team banananaboat.

Fuhh, first time naik iz ohsem rasa nak naik lagi tapi dah nak maghrib. So, balik bilik -.- Malam tu, just makan makan BBQ dan sempat jugak la shopping baju. Tapi aku takbeli pun. Mula mula memang plan nak rembat gak at least sehelai kan tapi entah kenapa tetiba takde mood nak pilih baju. Bosan. Hoho. 

Kemudian, pagi esoknya 17 Jun, ohyeah ohyeah seronok lagi. Lepas breakfast , island hopping :D Ada Monkey Bay yang telah menjadi 'Dog Bay', lagi Taman Ikan, lagi batu ikan paus, batu penyu, dan beberapa pulau lagi. Tapi tapi tapi, lepas island hopping lagi best. Snorkelling. First time dalam hidup aku snorkelling nak habaq mai. Haha. *maaf sekiranya kedengaran seperti jakun* So, abang boat tu hantar la pergi Taman Ikan dan ape lagi selam ah puas puas. Namun, kusangka panas sampai ke petang, tapi apakan daya hujan di tengah hari. Satu kejadian yang tak disangka telahh berlaku! Dan dan dan aku sangat panik! Hoho, marilah aku ceritakan. Sedang aku asyik menyelam sambil mengintai ikan-ikan, tiba tiba Mr. H mai mintak goggle kat aku, fuh kacau lain *line* betul ah. Aku yang tak pandai berenang ni yang neves dalam laut ni, pun rela hati la nak bagi. Namun NAMUN NAMUN!!! Sedang aku ingin membukak aku punya goggle, ohmai Ya Allah, aku boleh pulak terlepass. Adehh apelagi dibawa ombak laa goggle tersebut maka burn lah duit abah kena ganti goggle yang aku hilangkan . Dan yang paling menyayat hati, aku cuma sempat mengintai dua ekor ikan sahaje. DUA EKORR TAHU! Sobsobs. Baru nak feel feel macam gambar bawah ni :


Nak buat camne kann, at least boleh jugak feel snorkelling. Lepas tu, kitorang pun balik bilik balik ready nak check-out. Oh nak check-out dah? Whatt? Sekejapnyaaaa . 




So, Pangkor , I'll miss you. See you later :)

Sekian,
With love,
Syazana.

Tuesday, June 19, 2012

Lapan Belas Pada 18

So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me. [2:152]
Alhamdulillah. Lapan belas pada lapan belas. Ya. Semalam pada lapan belas jun , aku telah pun menjadi lapan belas. Sudah lapan belas tahun aku diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ni mencari bekalan untuk ke sana nanti. Lapan belas tahun yang aku habiskan sebelum ini, cukupkah amalan aku? Bersediakah aku tempuhi alam seterusnya nanti. Lapan belas tahun, tempoh yang lama tapi sebentar sahaja aku rasa. Lapan belas tahun terasa berlalu begitu pantass. Lapan belas tahun. *sila kira berapa banyak 'lapan belas' yang ada dalam perenggan ni*

Terasa skema pulak ayat aku kat atas nuhh. Huhu. Mungkin kesan daripada lapan belas tahun. Hoho. Ohya, terima kasih kepada kawan kawan rakan rakan sahabat sahabat yang wish HB, Happy Birthday, Hepi Bufday, Selamat Tumbesaran, Selamat Hari Lahir, dan yang sama waktu dengannya. Terharu. Sobsobs. Saya amat hargainya :) 


Tak lupa jugak yang wish via sms, seperti Miye dan Awe. Dan ada lagi numbers yang wish tapi tapi tapi semenjak tukar fon baru, majority bisnes cards (contacts) ter-hilang. Huuu. Maaf maaf. Terima kasih jugak kepada Umi dan Abah yang bersabar berpenat berlelah menjaga kakSya selama lapan belas tahun ni. Sinonim dengan happy birthday ni , of course la hadiah. Namun , *sobsobs* dah lapan belas tahun kan? Takkan nak mintak hadiah lagi. Dah besau panjang. Jadi dengan berbesauu hati aku belikan hadiah untuk diri aku sendiri. Hoho, itupun sepuluh hari lebih awal. Tak kesah la, janji ada. Tahun lepas aku bagi hadiah vaio kat aku sendiri *pelik pulak bunyinya* , tahun ni er er , takpelah . Tahun depan baru aku bagitau. Aci tak? okay aci. 

Itu sahaja . Haha, *nak bagitau yang semalam besday aku tu je* Tiba tiba teringat nak post pasal Trip to Pangkor dan sambungan MHS Pasum yang tak habis lagi walaupun dah start tutorial dan MARA dan IPG. Nanti eh aku update update. Stay tuned :)

Sekian,
With love,
Syazana.
Thursday, June 7, 2012

What Makes You, You?



Assalamualaikum semuanya, aku nak kasi satu pengumuman ni. Hehe. Sila bukak mata luas luas. Ini bukan satu pembohongan ye rakan rakan sekalian !


Sony VAIO E Series - What Makes You, YOU? Contest. Tell us what makes you, YOU! Tell it in a poster. And stand a chance to walk away with the all-new VAIO E Series! Create your poster now! http://www.sony.com.my/microsite/what-makes-you/
YA. Sony telah menganjurkan satu contest Umphh sempena debut Sony VAIO E Series . Dan ianya adalah poster contest. Setelah dipujuk rayu Eqin , aku pun berbesar hati menyibukkan diri menyertai contest ni. Yeah Yeah. Dan , aku akan lebih berbesar hati kalau kawan kawan blogger aku menyokong penglibatan aku . Hehe.

Dan, inilah poster yang telah aku create kejap tadi. So, dengan rasa rendah diri aku wish korang dapat tolong aku like poster ni kat sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151841969570601&set=a.10151624236125601.854601.117649200600&type=1&theater .  Hehe. Terima kasih. 

Sudikan lah ye like . Hehe . KLIK SINI.Jom la join jugak, nanti aku like sama ! Yeahh. 

With love,
Syazana.


Precious

And whosoever keepeth his duty to Allah, Allah will appoint a way out for him. And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, Allah will be sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.


"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


at-Talaq, 65:2-3
Thursday, May 31, 2012

Pasum - Universiti Malaya


Minggu Haluansiswa (MHS) . Ya, bagi sesapa yang mendaftarkan diri pada 27 Mei lepas kat UM as an asasian atau pun pelajar Pusat Asasi Sains UM (Pasum) akan menjalani MHS. fuhh, aku turut merasa. So far, aku baru merasa tiga hari . Dan semalam (30 Mei) adalah hari terakhir aku join this orientasi. Hari ni pulak hari terakhir aku bergelar Asasian UM ;( Sedih juga sebenaqnya.. Jomlah aku share sedikit sebanyak asam garam gula kunyit semua selama aku join MHS

27 Mei . 
9.00 pagi mula sesi pendaftaran pelajar. Gila sesakkk! Just imagine ada lebih kurang 1,500 students yang register by that day ,  means ada 1,500 kereta kat kolej 12 tu. Mang ohsemm la habaq hang. Baris punya baris , jalan punya jalan , aku selesai register. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku . Flow pendaftaran aku smooth je. Sekejap. And , again , Alhamdulillah aku dapat tingkat 4 bilik C414 . Dan, the greatest thing is Surau is on the fourth floor. Look, I'm very thankful to HIM. Petang tu, pukul 2.30 sampai 4.30 ada sesi taklimat bersama ibu bapa. And blablabla, bila dah habis taklimat ibu bapa, dan mengucapkan selamat tinggal sambil menitiskan beberapa titik ayaq mata , kitorang pelajar Pasum 12/13 kena kumpul dalam DTC ( Dewan Tunku Canselor ) . Ada sikit taklimat tentang penempatan students yang masih belum selesai dan beberapa arahan PP (Pembantu Pelajar) untuk program malam tu - Perjumpaan dengan Pengetua Kolej Raja Nazrin Shah . 

28 Mei.
Alhamdulillah . Riadah pagi dibatalkan . Terasa seperti ingin bersorak keriangan seperti seorang kanak kanak mendapat aiskrim *oh apekah* . Pukul 7.45 pagi dah kena berbaris berdua dua , dari kiri cepaattt jalan , ke DTC ada ape ye ? Ouh tak ingat . Buku Pink ( Aturcara program ) kat dalam beg. Nanti aku sambung ye ;) 

Assalamualaikum . 
Sekian,
With love,
Syazana.
Thursday, May 10, 2012

Again Again And Again


Sila nyanyi lagu nenek si bongkok tiga walaupun tiada kaitan. Harini aku nak buat Wordless Thursday boleh ? Huu. Tak boleh ? Whateverblablabla. Semalam, eh, kelmarin dulu as known as the day before yesterday, Selasa, aku pergi berjimbajimbi *ape tu?* di Nagoya Taiping. Fuh-la-mak mang rambang mata memilih kain yang sesuai untuk dibawak pulang. Tetambah bila Miye yang heading. Mang lama lah kan ? Haha. Sori bro. Last last dapat la jugak bawak balik sehelai dua helai tiga helai empat helai . Udah udah. Hiperbola sangat takbaik tahu. Sementara jenjalan sana sini sinun semua, Miye sempat meluahkan isi hatinya. Sobs sobs. Cepat play-kan lagu Acha Sepstriasa. Miye kata, 'Chaa..aku bace blog hang' 'Wee..makasehmakaseh' 'Tapikann. Aku musykil. Tajuk lain, bila baca entri lain . Hahah. Camne tu?'

Heheh, mintak maaf lah ye kepada sesiapa yang mengalami situasi sedemikian rupa. Bukan apa. Aku lemah bab bab pilih tajuk yang macho macho lawa lawa cun melecun yang selari dengan apa yang aku nak ceritakan. Ha, ce try tengok tajuk entri ni . Kan Kan Kan ? Ade kaitan ? Tak de tak de, kau ade ? Aku mang suka buat camgini. Mwahaha. Esok esok tengok la , nanti aku buat tajuk 'Kopi' aku cerita pasal teh, aku buat tajuk 'Friendship' aku cerita pasal Titanic, aku buat tajuk 'Scha Alyahya' aku cerita pasal 'SchaZana' . Haaa, amek . Wuuu. Aku tahu ini amalan tidak baik. Aku akan perbaiki. Heheh. Terima kasih atas teguran membina anda anda semua. *wink*


Oh iya, lupa pulak aku nak roger roger. Sabtu ni aku ada interview kat Pulau Pinang Pulau Mutiara. Kalau sudi doakan kejayaan interview aku tahu :) Heheh. 

Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.

Wednesday, May 9, 2012

Seandainya Rebah, Kau Masih Ada.


Okay tetiba teringat lagu tanya sama pokok yang jumpa pakcik husin tu (meet uncle hussain) . Yang aku terkesan , liriknya - tak mudah namun tak susah , terserah pada pilihan . Ya. Sebelum ni ada aku post-kan pasal pilihan. Banyak pilihan yang akan kita jumpa. Tak sekarang, nanti. Tak nanti, sekarang . Oh ade pahamm ? heheh. Maaflah bukan kepakaran aku untuk membuatkan orang faham dengan mudah. Haha. Cakap pasal pilihan, aku teringat pasal keputusan Form Six, Matrikulasi, UPU, IPG, dan sebagainya. Bagi yang dah membuat pilihan ke form six, sekarang sudah pun mula berorientasi mungkin. Mula mencatatkan nota nota baru menempuh STPM tahun depan. Yang dapat tawaran ke matrikulasi mungkin masih berkira-kira apa yang perlu dibawa, apa yang perlu dipersiapkan. Begitu juga bagi yang berpeluang menjengah dunia IPTA. Fulamak tetiba rasa bersastera sikit *cess perasan* . Aku ? Alhamdulillah . Matrikulasi ada menawarkan tempat, IPTA pun serupa. Mungkin aku akan ke IPTA. InsyaAllah kalau takde aral melintang menegak menyerong dan sebagainya. Kursusnya - Asasi Sains Fizikal . Universiti Malaya . Ada yang sama ? *okay sepp kalau sama* 


Yang penting sekarang, kat mana sekali pun kita belajar mesti ada semangat belajar, semangat nak mendalami ilmu pengetahuan yang luas tak terkira. Mesti bersungguh sungguh mesti rajin mesti fokus mesti mesti do your best . Kejayaan ada kat mana-mana. Semuanya bergantung pada individu tu sendiri. InsyaAllah . Yakinlah dengan apa yang telah atau yang akan anda putuskan. Dan buat lah pilihan yang terbaik . :D

Sekian.
With love,
Syazana. 

Monday, May 7, 2012

Escolhas.


Whatever, whichever, whenever, however, you make the choice - the important thing is how you make it becomes reality. No matter what, just believe that hardworks and commitment will pay off. No matter where you are, there's always a choice. And do make the perfect choice, for yourself. InsyaAllah, He always knows the best for us. Yes, HE DOES.


Thursday, May 3, 2012

Misteri Si Pokok Tua


Ada sebatang pokok. Tinggi dan berusia. Tapi masih kuat berdiri disokong akar akar yang kecil tapi berbilang. Tapi, pokok itu menyimpan berjuta juta misteri. Sebab apa? Hmm. Ceritanya macam ni... 

Leman : weh semuaa! dengaq dengaq sini. aku nak buat pengumumannn! 
LainLain : Eh. Apesal pulak ni?
Leman : Ni..ni.. aku dengaq tadi cikgu sembang, nak tebang pokok ara kat padang tuhh..
LainLain : Wuisshhh. Pokok berantu tuh ? Ade brann ke? Haha
Leman : Entah. Jom la sebukkan diri pi tengok. Jom Jom!
LainLain : *Berlari mengikuti Leman ke padang sekolah*

Sampai saje kat padang... 
LainLain : Wahh. betullah Leman. Dahsatt ni.
Leman : Aku jamin, mesti pokok ni tak dapat dibakaq. Dulu time nak kena tebang pun, demam habih tukang tebang tu, tetap berdiri tegak jugak pokok ni . Puaka betol! Seram ah.
LainLain : Betol betol Leman. Kitorang sokong. Tunggu dan llihat.. Jeng jeng jeng.

Lima minit kemudian.
Leman : Ha kann? Aku cakap . Penat je prepare nak bakaq semua. Sikit je api naik. Tak terbakaq kot pokok ni. SAH SAH SAHH! Memang ada benda ni. *padahal hujan*

Sejak haritu, pokok yang dikatakan 'berpuaka' tu ibarat menyembunyikan misteri kepada budak budak sekolah aku. Aku pun terpengaruh sama. Nama pokok tu pokok ara. Asal je ada pokok ara, semua kawan aku dan aku judge berhantu. Lepastu , lama lama perhatikan pokok tu dengan mata yang tajam kononnya taktakut dengan segala misteri. Tak berhenti situ je, sebulan dua bulan lepas tu.. 

Leman : weh wehh. cepat . jom pegi padang. pokok ara beranak. ada misteri baru.
LainLain : *lari pergi padang*

Pokok ara bermisteri sering jadi buah mulut aku dan kawan kawan menyebarkan cerita cerita seram. Itu ini. Persoalannya , betulkah bermisteri? Haishh. Biasalah zaman kanak kanak innocent , semua nya misteri. Alahaii, rindunya zaman sekolah rendah. 

pinjam gambar google. 

pinjam gambar sini

p/s : Leman adalah bukan nama sebenar. 
p/s: latar tempat : SKTP
Wednesday, May 2, 2012

Cincin Dan Biskut

cepat sape nak beli cincin, promosi bulan Mei ni!

Ohya, jangan tersalah terkhilaf faham. Aku bukan nak bukak kedai cincin jauh sekali nak jual cincin. Sengaja meng-update pada pagi (yang dah nak masuk tengahhari Rabu ni) . Bukan nak buat Wordless Wednesday. Sekali sekala, Rabu tak perlu bisu. Err? Lari topik dah ni. Melalut ke Kutub Utara dah. Kembali kepada topik perbincangan yang asal. Cincin dan biskut. Apa kena dia ni, tetiba cincin tetiba biskut. Pernah tengok cincin ? Boh-hongg amatlah kalau tak pernah. Tu aku dah tempek gambaq cincin besaq kat atas tu? Kot rabun? Sat sat, aku cari lagi.


Ha kan. Besauu besauu dah terpampang depan bijik mata. Yaa, cincin biasanya dipakai pada jari. Aisehh, takkan pakai kat tengkok pulak? Err, terpulanglah kepada anda ingin menggayakannya di mana-mana. Ohya, biskut pulak. Pernah tengok biskut ? Yang komfem lagi pernah. Setengah orang panggil biskut ni 'roti'. Tapi bagi aku roti tu, gardenia ke high5 ke. Blablabla. Biskut ni adalah sejenis makanan untuk mengalas perut takkira lapar mahupun kenyang. Sesuai dimakan pada bila-bila masa tanpa mengira jantina . Emm, tapi mungkin mengira usia. Yelah kan, baby baby mana boleh makan biskut keras keras. Begitu juga dengan sesetengah atuk atuk dan nenek nenek. 

Chip-se-mor.

Tapi, kali ni aku akan menggabungkan cincin dan biskut, maka jadilah Biskut Cincin. Aumm aumm. Sedap gila habaq hangg biskut cincin ni. 44 hari makan pun aku tak jemu. Seriyes. Hahah. Minggu lepas abah aku balik dari Sabah bawak balik biskut cincin. Ouhhhh, feveret nyahh! Biskut cincin ni aku taktaw la ada tak jual kat semenanjung ni . Setakat ni , tak jumpa lagi. Kat Sabah banyaklah. Kuih dia kan. Uhhuu. Sedap sedap. 


Banyak tak banyak tak? oh ini gambar google sahaje. Tidaklah sebanyak ini kat rumah aku. Ada la satu tupperware je lagi. Hehehh. Sori tak sempat share. Ohh janganlah judge the kuih by its cover. Nampak biase? rasanya luar biasa *berdasarkan selera lidah tekak perut aku la. Lain orang lain rasanya* Sape tak pernah rasa, jom ajak aku naik plane terbang Sabah. Haha. 

p/s: Sengaja aku menaip entri ini mencurahkan betapa kasih dan sukanya aku pada biskut cincin. Sekejap, nama betul dia , kuih cincin aku rasa. Tapi aku suka panggil biskut cincin. Sebab dia keras macam biskut. Bukan lembik macam kuih.

Tuesday, May 1, 2012

Gambar Gambar Itu


Satu lagi entri tidak bermotif terbitan Sya Syazana di bawah produksi Blogger.com . Oh, kegilaan sebentar. Wohhoo. Aku tak expect pun akan ada yang baca entri ni, so redah je lah Syazana, redah je. Kebelakangan ni, aku rasa macam ouhh macam mana entah. Tak larat gila. Entah jin mana yang merasuk aku jadi tak larat gila. Eh tengok tu salahkan jin pulak Aisehh. Tak mau tak mau. Dah malas tu cakap je la malas kan ? -.- Ya ALLAH jauhkan aku dari sifat malas ini. Jauh kan aku dari segala sifat mazmumah. Ohya, minggu depan ada interview IPG. Aku dapat pergi. Alhamdulillah. Cuma cuma cuma, itulah . Cikgu sebenarnya bukan tersenarai dalam cita cita aku. Ya , dulu mungkin ada. Aku still ingat. Time darjah satu kut, cikgu sibuk sibuk suruh kami budak budak isi satu borang kaler hijau. Taksilap aku, itu merupakan kad peribadi pelajar. Maka, muka surat belakang kad tu, ada ruangan cita-cita untuk diisi. Laju laju aku isikan . Ada tiga kotak. Aku pun pantas mengisi, cikgu , doktor , polis. Cita cita tipikal bagi seorang budak darjah satu. Tapi bagus. Cita cita murni . Wahaha. Kann, kecik kecik dah berhati murni nurani. Wohoho. Sudah sudah. Ouh, ada lagi. Tak lama lepas tu aku dengar cikgu tu puji kawan aku, 'Ohh. hebatnya cita-cita kamu, PILOT ' ahh tidak . Aku tergugat. Mane boleh . Mane boleh. Aku mesti lagi hebat. Cepat Syazana, cepat. Pilih satu kerja yang meletoppss vavavoom punya kerja. Ahh. apadia apadia apadia. Taklama lepas tu, 'Wah Syazana, kamu nak jadi pramugari  ye ?'. Gaahh. Tak boleh belah pemikiran aku waktu tu. Camne la boleh terpikir nak jadi pramugari. Alahaiii syazanaaaaaaaa.....

ouh, camne entah nak bayangkan. tak tersampai dek akal. 



Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #7

you better watch out if you wanna deal with me. YAHHHH.
Tuesday, April 24, 2012

Engineering Futures.


Semalam , bertarikh doploh tiga haribulan empat atau nama modern-nya, 23 April , aku berpeluang mencoba-coba nasib dalam sesi temuduga UTP, yang apabila di-extend-kan menjadi Universiti Teknologi PETRONAS. Kursus yang aku mintak , chemical engineering for the first option, petroleum engineering and then followed by petroleum geoscience. But, tak tahu yang mana aku dapat. walawehh, interview pun belum tentu pass. Interview dia, satu sesi je. Tapi, dalam satu sesi tu ada dua bahagian, individual and by group. Dalam satu group pulak mesti mengandungi tiga orang berjantina lelaki, dan dua orang berjantinakan perempuan. Dah nama pun engineer, mostly lelaki lah kan. And, I did have an awesome group. I think all of them will pass, but not me. Yah, ssemoga korang berjaya. Aku rasa aku tak buat yang the best semalam. Entah kenapa, dengan sakit perut nya, neves nya. HAH, alasan syazana alasan -,- 

Dan semalam , daripada seribu orang yang dipanggil temuduga cuma lima ratus lebih saje yang memunculkan diri. Mungkin yang selebihnya .. entah, kemana ya? Tapi, the interview supposed to be continued by today and tomorrow. So, goodluck for those yang akan di-interview esok. 


the Information Resource Centre of UTP atau nama ringkas nya perpustakaan. sempat melirik daripada luar sahaje. lepas habis interview session, ada career talk pulak. yang ni, ohno, maklumlahkan.. bila jam dah menunjukkan matahari mula condong ke belah barat, mata ibarat layang layang ditiup angin *hampess, takreti nak buat gaya sasterawan* senang kata, dah mula mengantuk la. dengan kepala berat gila. gila berat woh. dengar je sambil angguk angguk mengiyakan kata-kata lecturers. Perhatian: ini adalah amalan gaya hidup tidak sihat. sila jangan jadikan panduan hidup. Maka tamatlah hari aku disitu. 

Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.


Friday, April 20, 2012

Air Dan Batu


Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
Friday, April 13, 2012

'Caterpillar' Berasal Dari Seorang Pak Cik

sumber gambar : google

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam jumaat, dan salam blogger ;) Hari ni aku nak kongsikan satu cerita menarik *kot* pasal ulat beluncas atau nama omputih nya caterpillar. Ya, itudiaa . Caterpillar adalah fokus kita pada kali ni ye, bukan beluncas tapi caterpillar. 

Ceritanya bermula begini...

Pada era penjajahan British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, seorang pegawai British yang dikenali sebagai Mark JojoBerg (bukan nama sebenar kerana mahu identitinya dirahsiakan) pergi bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai negeri Kedah. Dalam keasyikannya menghayati detik detik manis itu , dia terpandang suatu 'benda' yang sangat asing baginya. 'Wow, this is interesting.' getus hatinya sambil lagu Love Story nyanyian Taylor Swift berkumandang di benaknya. 

Mark JojoBerg

Dia terus tertanya-tanya apakah sebenarnya 'benda' tersebut. Kebetulan, dia ternampak seorang lelaki tua as known as 'pak cik' yang sedang berpenat lelah menuai padi. Mark JojoBerg dengan perasaan yang ingin tahu, meluru kearah pakcik tersebut dengan turut membawa benda yang dirasakannya aneh itu. Lalu, dia yang baru mendalami bahasa melayu bertanya pak cik tersebut dengan penuh berhati-hati. 'Ehemm, pak cik bolehkah saya ingin bertanyakan sesuatu' (sila baca dialog Mark JojoBerg dalam slanga mat salleh cakap melayu) . Pak cik yang sedang penat membalas dengan acuh tak acuh , 'Hah padia? Lekaih la.. Aku sebuk ni..'. 'Boleh  saya tahu apakah benda ini?' tanya Mark JojoBerg lagi. 'Manaa?' balas pak cik tersebut. Mark JojoBerg kemudiannya menunjukkan benda aneh tersebut kepada pakcik itu.

pakcik tua

'Ohh..natang ni..' pak cik tu mengangguk-angguk sendiri. 'Apakah nama benda ini pak cik?' Mark masih belum berpuas hati dengan jawapan pakcik tersebut. 'Err..kata pi laaa apa punn' kata pak cik tua . 'Apa pak cik?' tanya Mark lagi. ' KATA PI LAA! ' balas pak cik itu dengan perasaan geram , mungkin terlalu penat menuai padi, atau mungkin juga pakcik tersebut sebenarnya tidak tahu apakah benda aneh tersebut. 'Ohh, terima kasih pak cik' Mark kini berpuas hati. Waktu itu dia bermonolog sendiri di dalam hati ' I will bring this KATA PI LAA (sila baca slang omputih) with me..'. Maka dengan perasaan bangga dia memperkenalkan benda aneh itu kepada rakan rakannya dengan nama 'katapila' yang lama kelamaan di renovasi kan mengikut kesesuaian bangsa mereka menjadi 'caterpillar' . Dan dengan itu, tersebarlah 'caterpillar' ke seluruh pelusuk alam .

benda aneh yang dilihat Mark JojoBerg

Maka tamatlah cerita tersebut. Hoho. Sebenarnya sebenarnya sebenarnya kann.. cerita ni cikgu Bahasa Inggeris aku yang cerita kat budak-budak kelas aku dulu. Cuma, aku menambahkan beberapa elemen supaya penceritaan menjadi lebih menarik . haha, tapi time dia cerita lagi seronok woo. Dengan penuh perasaan ingin tahu aku dengaq sungguh sungguh. Time tu tak silap aku , aku darjah lima ke darjah enam entah.. Yang pasti sekolah rendah lagila.. Sebarang kesahihan cerita ini adalah tidak dijamin oleh pihak penerbitan . HAHA. Mungkin betul. Mungkin salah. Tapi , bila aku tanya Encik Wiki dia kata lain..

The etymological origins of the word are from the early 16th century, from Middle English catirpel, catirpeller, probably an alteration of Old North French catepelose: cate, cat (from Latin cattus) + pelose, hairy (from Latin pilōsus).
Sekian, terima kasih.
With love,
Syazana.

p/s: Ohya, sumber gambar-gambar didermakan oleh Encik Google.