Sunday, August 7, 2011

Puasa Cuma Tahan Makan Minum Je. Tak Payah Lebih Lebih.

-sila baca entri ini sampai habis , get it?-


Ye. Dah 7 hari kita berada dalam bulan mulia bulan Ramadan. Dats mean, dah 7 hari jugak kita menjalani ibadat puasa. Alhamdulillah. Masih berkesempatan lagi kita bertemu Ramadan kali ni (apesal ayat ni macam terbalik tunggang?*Sila susun semula ayat ini) Marilah kita memperbanyakkan doa agar kita turut berkesempatan bertemu dan beribadat di malam Lailatul Qadar. Amin.

Berbalik kepada tajuk asal :




Puasa Cuma Tahan Makan Minum Je. Tak Payah Lebih Lebih.


Err. betulkah. Yang ini kah namanya PUASA. Yang ini kah kita nak? Puasa cuma dapat penat. Dapat lapar. Dapat dahaga. Dapat raya. Ehh. This is what people call 'WRONG PERCEPTION'

TIDAK. Tahan makan . Tahan minum . Itu bukanlah erti sebenar puasa. Korang pon tahu kan? Saje aku nak peringatkan sesama kita , termasuk lah diri aku sendiri. Marilah kita sama-sama manfaatkan bulan mulia ni. Pulun sepulun-pulunnya apa yang boleh pulun. Bukan pulun makan time bebuka , okayy? Marilah kita hayati erti sebenar PUASA mengikut syarak.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
-
Sumber : WikiWikiPediPediA
See? Si Wikipedia pon tahu makna sebenar puasa di sisi syarak . Oleh itu, kita jangan TAHU saje, tapi tak AMAL. InsyaALLAH, kita sama-sama berusaha kejar pahala yang berlipat ganda pada bulan Ramadan ni. Wallauhalam.



p/s: sampaikah mesej aku ni?
1 comment on "Puasa Cuma Tahan Makan Minum Je. Tak Payah Lebih Lebih."

Leave your comment below.