Sunday, August 14, 2011

Abah, Nanti Belikan A Famosa Tau


Tersebutlah kisah pada suatu petang di bulan Ramadan al- Kareem . Petang itu, sedang aku bersenang-senang menonton TV baru, tetiba adik aku yang mengidam-ke-bazar-ramadan-tapi-tak-dapat-pergi-sebab-penat dengan gagahnya mencapai ganggang telefon lalu mendail 012blablabla. Tak lama selepas itu panggilan bersahut. "Hello" lantass adik aku tersebut menyapa ayah aku di talian sebelah sana. huhu. tanpa memberi salam. seraya, dia bertanya " Abah, abah kat mane?Nak balik dah ke? Nanti kalau balik singgah singaah pasar ramadan taww" lancar sahaja kata-katanya demi juadah berbuka nanti. Aku tak pasti apa jawapan ayah aku. Tapi, adik aku mula memesan kuih muih kegemarannya. "Abah beli popia dengan 'A Famosa' taw." Err. Apekah? Adik aku nak menetap kat A Famosa kah? Aku pelik. Aku heran. Aku musykil. Aku dengan khuatir dan keliru bertanya ' Eh, mu nak beli A Famosa buat hape haa? ' . 'Hehe. ' Dia ketawa termalu. 'Ehh, abah. Samosa lah. '



















Tamat. 



5 comments on "Abah, Nanti Belikan A Famosa Tau"
  1. boleh pulak cm tu . haha . dia lapar kot , tu yg tersasul tu .

    ReplyDelete
  2. hahaha , lawak la adik sya . adik yang mana ni ? huhuuhhu

    ReplyDelete
  3. @Syukriah Dalilah : Ya la tu. tersshashul shashul.

    @Kak En : ehhe, hok lakilaki itu, Zarif.

    ReplyDelete

Leave your comment below.