Thursday, June 2, 2011

Hah! Dah Memang Tak Boleh Tahan.

Memang. Dah tak boleh tahan. Lama gilagila tak update BLOG. Rasa macam tak puas. So, memandangkan time cuti sekolah ni dah free beserta boleh releks-releks (boleh laaa), mampulah aku taip beberapa huruf lalu membentuk perkataan kemudiannya ayat seterusnya satu artikel a.k.a POST. ahha. aku annoying kan? Entahlah. Dalam dua tiga empat lima (dahdah) hari ni , aku rasa macam aku ni sangat annoyed dan meng-annoying kan orang. Terukkan? Mungkin terkesan akibat pms ataupun sebagainya.


● Secara tiba-tiba teringat kat toyota service center tadi. Comel betul budak-budak kat sana. Happening bangunan toyota tuh. Maw tak bising dengan hampir 10 orang budak kecik. Dua tiga budak kecik (hakikatnya besar) kaat umah ni pon dah cukup bising , tambah-tambah bila dah hampir mencecah 10 orang. Deme budak budak kecik ni buat aku rasa masa berjalan begitu singkat walaupun sebenarnya nak dekat 2 jam tunggu persona datang. Agak terpegun aku tengok gelagat budak-budak tu. Terpegun di sini bolehlah didefinisikan sebagai duduk tanpa melakukan apa-apa reaksi dan tindak balas. Ada yang main lompat 'kuda', ada yang tengah praktis berjalan, ada yang buat acara pecah belon. Macam-macam. Tapi, best! At least, aku tak boring sangat  tengok National Geographic yang dipasang kat sana bila dah ada live show. HAHA.


Dah. Tu ja dulu. Ada masa, aku taip menaip lagi :)



1 comment on "Hah! Dah Memang Tak Boleh Tahan."

Leave your comment below.